Sunday, September 28, 2014

Tolak tepi.



Aku sanggup ketepikan kepentingan aku sendiri,
demi kesenangan orang lain.

Aku sanggup juga, bersusah payah untuk orang lain.

Aku masih juga sanggup, tolong orang lain,
walaupun sebenarnya, diri aku sendiri sesak nafas
terdesak dengan hidup aku yang masih teroleng-oleng. 
Tak ada arah.

Tak apa. Aku tak kata aku baik. 
Aku tak minta korang balas balik dengan apa yang aku tolong.

Dan, aku juga tak akan pertikai mahupun ungkit balik,
dengan semua benda yang aku dah buat, dekat korang.

Cuma satu je, yang aku tertanya-tanya.
Korang hargai tak apa yang aku buat selama ni?

Mungkin korang akan hargai, kalau korang tahu, 
betapa susah payahnya ,
aku cuba tolong korang dalam serba kekurangan ni.

Mungkin.

KLIK HERE , maybe? Thank you :)

Monday, September 15, 2014

Fatamorgana.



"Di siang harinya,
aku sibuk dengan kuliah.
Duduk berteleku di perpustakaan.
Malam harinya,
aku berjaga;
mengulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan.
Bersengkang mata menyiapkan tugasan."

Kemudian, aku tersentak.
Oh, aku berkhayal rupanya.

Kesat lelehan air mata.

Thursday, September 11, 2014

Insatisfeito.



Kita, memang tak boleh puaskan hati orang lain,
dengan apa yang kita buat,
untuk selamanya.

Setiap langkah,
Setiap perbuatan,
Setiap butir perkataan,
Mesti ada insan-insan yang cuba cari kesalahan kau;
sekaligus tolak tepi kebaikan yang kau dah buat.

Segunung kebaikan kau buat;
Orang pura-pura tak nampak.
Sekecil zarah kejahatan kau lakukan;
Orang memandang kau sinis,
sindir menyindir.

Apa yang kau perlu buat;
Tak perlu kisah,
buat apa yang boleh menggembirakan hati kau,
yang boleh memuaskan hati kau.

Itu je.

Tuesday, September 9, 2014

Duka.



Di balik tawa dan senyumannya,
terselit sepi sendu di hati.

Tuesday, September 2, 2014

I am territorial.




Aku tak rasa aku bersalah.
Sebab aku memang ada hak untuk mempertahankan.
Kerana itu hak aku,
dan kau, kau tak ada hak walau sekelumit.

Aku tak rasa bersalah kalau aku berkasar dengan kau.
Sebab? Aku dari dulu dah cukup baik berkompromi dengan kau,
cakap elok-elok.

Tapi, kali ni. 
Maaflah, aku dah malas nak buat baik dengan orang yang tak sepatutnya.