Monday, June 30, 2014

Satu Sembilan.




Tanggal 1 Julai 1995, lahirlah seorang budak perempuan
ke dunia yang fana ini.

Syukran Ya Rabb, atas meminjamkan usia sebanyak 19 tahun.
Banyak dah benda yang aku belajar.
Suka, duka, sudah aku rasa.
pahit getir sudah aku tempuhi.

Alahai, cepatnya masa berlalu. Dah 19 tahun.
Next year, dah masuk angka 2 di depan.
Eh, belum tua lagi kan? Hehe!

Tak ada apa-apa pun untuk hari lahir aku hari ini.*sedih*
Hanya ucapan je yang aku terima.
Tak ada kek, dah besarlah!

Aku tak minta apa-apa pun dari orang.
Aku cuma nak ubah diri aku, agar dapat jadi
manusia yang lebih baik dari masa lalu.

Semoga Allah meredhai kehidupanku ini. Aameen.

Wednesday, June 25, 2014

Happy Ramadhan.







Semoga Ramadhan yang hadir ini;
mampu mengajar kita;
erti kesabaran,
erti bersyukur.
Kerana ada ramai insan yang lebih susah dari diri kita.

Semoga amal kebaikan yang dilakukan
sepanjang Ramadhan ini;
berkekalan walau bulan suci sudah berlalu.

Beramal. Bersabar. Bersyukur. Beristiqamah.

Thursday, June 19, 2014

Time Machine.



Kata mereka;
jika diberi peluang,
mereka ingin mengundur waktu,
pulang ke masa dahulu.
Kata mereka;
ingin perbaiki keadaan di kala itu.

Tapi aku;
tidak mahu berundur kembali.
Tidak mahu perbetulkan kesilapan lalu.
Jika itu terjadi,
aku tidak mungkin bertemu dengannya,
mengenalinya.
Apatah lagi menjadi miliknya.

Seperti hari ini.

Sunday, June 15, 2014

Tanda Noktah.



Hei kau di sana,

Jangan kau berangan di siang hari.
Usah kau termimpi-mimpi di malam hari.
Dia milik aku.
Dan kau;
sila pergi jauh-jauh.
Hubungan kami tidak memerlukan
insan ketiga.

Usah diganggu kami ini.
Malah, aku tak sudi mahu berkongsi benda yang sudah jadi milikku.

Friday, June 13, 2014

You are so annoying.



Annoying. Aku tak tahu nak mula dari mana.
Ada satu perempuan ni, (aku gelarkan dia N.E)
tak pastilah apa motif dia join satu group di WeChat (group dakwah) tu,
nak tunjuk diri atau nak perbaiki diri. Wallahualam.

Ceritanya .. ada sekali tu, dia tanya soalan berkaitan dengan agama (ok lah tu) tapi lepas tu tiba-tiba dia hantar gambar dia ber-selfie (motif?).
Aku terkejutlah, "Eh, apa perempuan ni hantar gambar dia pulak."
Ingat sampai situ je lah "annoying" dia tu.

Rupanya ..
Semalam, dia muncul lagi. Mula-mula tu, dia cuma jawab salam.
Tup tup, dia send perkataan "cium".
Eh, dia ni dah kenapa! Aku pun dengan bengangnya, tanya dia,
"Cium?"
"Takda apalah." si N.E tu balas. Terus senyap.
Dengan aku yang masih bengang-bengang ubi,
aku tegur lagi.
"Janganlah post yang bukan-bukan. Malulah orang tengok. Ni kan group dakwah?"

Tapi, tak ada balasan. Aku bersangka baik, dah offline agaknya.
Ataupun dia baca tapi tak nak balas. Malulah tu.
Ingat aku sorang je yang tak selesa dengan kehadiran dia, ada jugak yang lain tak suka.
Hmm.

P/S : Nak tengok lepas ni apa pula si N.E tu send kat situ.

Wednesday, June 4, 2014

Bius




Bagai dibius;
Aku hanya jadi pemerhati
dalam diam.
Menonton manusia beraksi,
melakonkan watak sendiri.
Di atas pentas opera hidup;
Ada yang telus.
Ada yang bersembunyi di sebalik topeng.