Friday, January 23, 2015

Di persimpangan jalan.


Amaran spoiler: Mungkin aku dah putus asa di penghujungnya.





Bismillahnirrahmannirrahiim.

Semua orang dah sedia maklum, termasuk aku dengan satu baris ayat ni:

"Hidup dan takdir setiap seorang di muka bumi itu tidak sama."

     Yeah, mungkin yang kamu dengar/baca lain dari apa yang aku taip ni. Tapi, lebih kurang samalah kan.

     Bagitahu aku, siapa yang tak nak kejayaan? Dia memang bodoh. Semua orang nak memburu untuk daki ke tingkat kejayaan, tapi ramai juga yang tewas sebelum sampai ke sana. Sebahagian dari mereka bila dongak ke tempat tu, kemudian minda dan hati mereka kata; "aku tak boleh", maka dia lupakan hajat dia. Sebahagian pula, tersalah pilih jalan.

     Aku anggap, kita dalam hidup ni ada dua persimpangan jalan. Di mana, sebahagian besar dari kita tersalah pilih jalan. Tapi bagi aku, aku tak rasa yang aku salah pilih jalan, sebab itu pilihan aku. Memang, tidak dinafikan, aku dah menyimpang jauh beribu batu dari orang lain. Tatkala - semua manusia yang sebaya dengan aku sibuk dengan kolej dan Universiti mereka dan aktiviti mereka dan di usia ini yang sepatutnya berjimba enjoy di sana sini, aku pula duduk terperuk di rumah, mengetuk-ngetuk keyboard laptop tak tentu hala. - Sebenarnya aku ada tujuan juga, tapi biarlah dulu. Simpan.

     Sebab aku dah penat dan lelah nak kuatkan hati sendiri. Tapi aku tetap juga cuba jadi kuat sebab ada beberapa orang yang aku boleh kira dengan jari, bagi semangat dengan aku, si keparat lemah ni. Aku sayang kamu semua, dan aku pohon supaya kamu, kamu dan kamu (yang bagi aku dorongan) terus berikan aku kekuatan untuk semua ni.

Qawiy lillahi ta'ala.

Tuesday, January 6, 2015

Numb & Dumb.



Bismillahhirrahmannirrahim.

Ehem. 
Hi guys! Sihat? How's your new year? Hiks.

Ok, aku akui. Ni lah masa yang paling lama sekali aku tak update blog. Sebulan. Hahaha. Aku nak update, tapi setiap kali nak on laptop, nak cucuk broadband, ada je rintangan dan halangan. Hehehe. Allah tidak mengizinkan aku update blog. Hiks.



Aku dah kehilangan kata-kata untuk ditaip. Sekarang pun masih blank. Tak tahu nak share apa.
Jadi, buat yang bekerja tu, selamat bekerja. Pada yang sambung studi, selamat berstudi, selamat ber-assingment, selamat bersengkang mata di tengah malam. Pada yang masih menganggur (macam aku), selamat menganggur. Eh. Selamat mencari pekerjaan. Semoga bertemu dengan kerja yang sesuai. Apa yang penting, sabar itu mesti ada. Allah dah sedia sesuatu yang baik untuk kita. Senyum.

Ada juga Encik Hubby tanya aku azam aku. Dialog di bawah;

Dia  :   Apa azammu tahun ni sayang?

Aku : *pandang tepat ke muka, terdiam sekejap.* takde.

Dia  :   Tiada?

Aku : *geleng kepala* By pulak? Apa azam kau, by? 

Dia  : *geleng kepala jugak.*

Aku :  Ish, ikut-ikut.

Dia :  *senyum* Mahu jadi suami/bapa mithali dan soleh.

Aww. So sweet lah kau by. Hiks. Jadi bila dia cakap macam tu, aku pun pasang azam macam tu jugak. In shaa Allah. :)

xo.




Wednesday, December 3, 2014

Ulang Tahun Pertama ❤.



AMARAN: ENTRI PANJANG.

Bismillahnirrahmannirrahim.

Alhamdulillah, terlebih dahulu, panjat syukur kepada Allah.
Today is my special day.

Hari ini ulang tahun perkahwinan aku dengan hubby yang pertama. Yeayy!
Happy? Happy.
Syukur? Syukur.

Diakui, dari sepanjang awal perkenalan, percintaan sehingga ke alam perkahwinan, ada suka duka tersendiri. Tambah lagi, masa masuk fasa perkahwinan. Ada je salah faham, ada je merajuk. Hehe. Dah kalau aku ni jenis yang sensitif, suka merajuk, suka marah-marah. Mau tak salah faham. (konon muka ganas tapi hati lembut.Ceh!)

Alhamdulillah, sebab hubby aku ni jenis yang cool, kalau dia marah pun, dia tak tinggikan suara atau yang sewaktu dengannya, dia tegur cara elok, (walaupun dia tengah marah). Dan aku pulak, sebaliknya. Hehe. Jadi chemistry itu ada. Cewahh.

Aku ni bukan jenis yang manja. Dengan mak ayah aku pun aku tak pernah tunjuk manja aku. Lainlah kalau nak sesuatu tu, selalunya merayu. Bukan tunjuk manja. Hehehe. Tapi, dengan dia ni, aku secara automatik jadi manja. Eh eh. Dia lah kawan aku, lawan aku, tempat aku nak bermanja, marah. Semua kat dia. Hiks. Senang cakap, He's my everything, my world.

Muka yang sedang dilamun bahagia.


Romantik jangan cakap. Tak lah jugak hari-hari romantik, tapi kalau dia sent ayat jiwang. Fuhh, cair luluh iman jantung aku. Hiks. Kekadang tu ada lah jugak lari kejap dari panggilan "sayang, hubby" tu. (mohon jangan muntah). Kekadang kitaorang guna "aku, kau" je. Jangan salah faham. Kitaorang tak gaduh. Memang stail orang belah sini (Borneo) guna perkataan tu dengan sesiapa je. Tak lah selalu cakap. Contohnya;

"Kau ni kan by."

"Apa bah kau ni?"

"Jangan kau macam-macam ah."

"Aku tau bah."

Begitulah lebih kurang. Bagi aku, itu situasi normal. Jadi, kalau salah sorang dari korang dapat jodoh orang Sabah. Hehe. Mesti dah faham.

Harapan aku?
Dah tentulah nak mahligai indah ni kekal sehingga ke akhir hayat. Sampai Jannah. In Shaa Allah. Walaupun mesti ada je lidah yang tergigit, tapi itulah yang buat rasa cinta dan rindu tu makin dalam. Hubungan pun makin erat. Ceh ceh.

xo.

Tuesday, November 25, 2014

Post penting.




Setiap orang, ada masalah tersendiri.
Life sendiri.

Tapi kan, 
bila seseorang tanya pada diri kita,
macam mana kehidupan kita, dan kita tak balas. Kau nak tahu kenapa?

Huh.

Itu maksudnya, kau tak penting mana pun. Kau tak layak tahu pasal kehidupan dia.

Macam yang aku buat, dekat kawan aku yang seorang ni. Aku tak pastilah, nak gelar dia kawan aku lagi ke tak. Sebab, dia dah jarang gila tegur aku walaupun kami ni duduk di pulau Labuan.

Masa sekolah dulu, aku dan dia lah yang paling gila-gila. Ke mana je, kalau ada dia, mesti ada aku.
Tapi lepas habis SPM.. PUFFF! Senyap macam tu je. Jarang jumpa.

Ah, aku tak terasa hati pun. Sebab aku memang dah tahu sikap dia macam tu. Sikap apa? 

"Dapat kawan baru, 
lupa kawan lama."

Dulu, memang rasa kecil hatilah bila dia ignore aku, dia enjoy kawan dia yang ber IQ tinggi. Tapi, sekarang aku dah faham. Aku tak hairan. Mungkin, aku ni tempat dia nak berteman sementara. Dah ada kawan dia yang lain, dia lupa.

Untuk kau, kalau kau baca ni, kalaulah. Kalau kau nampak post aku ni, aku tuju kat kau. Untuk kau yang lupa kawan. Alah, kau tak penting mana pun dalam hidup aku. Memang aku bergelak ketawa dengan kau, itupun aku ikut rentak kau. 

Kerana aku tahu, siapa sahabat aku yang sebenar. Yang tak pernah miss cerita pasal life aku, sejak aku diduga olehNya.

Thursday, November 20, 2014

Gentayangan.




Bismillahnirrahmannirrahim.

Tak semua benda yang kita nak cakap, terluah.
Apa yang terluah tu sekadar yang mampu, selebihnya tersekat di celah kerongkong. Sekadar berlegar di kotak fikiran.

Sempit.

Semakin lama, semakin menyesakkan dada.
Rasa terhimpit dengan dunia yang luas ni.

Kadang, aku tanya diri sendiri.

"Betul ke ini cara jalan hidup kau?"

"Kenapa semakin aku bergerak ke hadapan, semakin sesak aku rasakan?"

Aku tak pasti. 
Pertanyaan untuk diri sendiri yang aku tak mampu jawab.

Apa yang penting,
makin aku tak pasti.
Adakah semua amalanku diterimaNya?
Setelah bertekad tinggalkan dunia jahil.
Atau --
Sekadar terawangan di langit,
hanya dosa-dosaku yang diambil kira?

Entahlah.

Sunday, November 2, 2014

Pedagogi.



Mungkin;
ada dalam sesetengah perkara aku tak reti bersyukur.
Tapi --
sekurang-kurangnya aku belajar,
dari kesilapan lalu.


Tak ada manusia yang tak buat kesilapan, ok.

Tolong klik SINI dan SINI.

Tuesday, October 28, 2014

Serabut jiwa.



Klik 1 & 2. Thank you.


Bandar:-
Kesibukan bandar kecil ini,
buatkan hati aku jadi tak tenang.
Ngauman kereta, percikan bising dari moto,
hanya menambah kecelaruan hati.

Aku perlukan--
Suatu tempat yang tenang, 
yang jauh dari hiruk pikuk bandar.
Aku dah jumpa tempat tu,
dan aku rindu suasana di situ.
Setiap hari, menghitung jari.
Bila bakal bersua lagi.